Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Thursday, November 19, 2009

Malam Bersama Palestin ( sorri...lambat upload.....sibuk cikit...)









Usratika dengan 4 orang ahlinya, Rasdan, Yus, Ust. Hakim dan Syazni telah diundang ke Unisel pada 12 Oktober 2009 untuk memeriahkan Malam Bersama Palestin....pada acara tersebut, mereka telah mendendangkan sebuah lagu baru nan bertajuk ' Masih mendengar dan melihat' yang didedikasikan kepada umat Palestin.....

Wednesday, September 16, 2009

Berdendang di Jusco Seremban

13 September lalu, kami telah dijemput ke Jusco Seremban untuk menghiburkan para pengunjung dengan lagu-lagu raya...meriah yeop!













Monday, September 14, 2009

Bersama-sama YADIM mendekati umat Islam di Masjid India

Syukur alhamdulillah, pada 12 September 2009 lalu, Usratika dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM) telah berjaya menganjurkan siri wacana terbuka i-Talk di perkarangan Masjid India. Usratika telah menerima jemputan YADIM untuk memeriah dan menjadi usaha crowd puller terhadap orang ramai yang sedang membeli-belah sebagai persedian menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.









Pengunjung bazar di perkarangan Wisma Yakin ...........









Syukur kerana kami dinaungi hujan rahmat Illahi, meneduhkan bumi nan panas. Usratika telah menyampaikan 4 lagu, iaitu Ramadhan dan Syawal, Sampaikanlah, Mengharung Zaman dan Salam Dunia.





Namun, pengalaman baru bagi kami kerana ketika persembahan dilakukan, kami telah dimaki dan dimarahi oleh seorang pengunjung dengan sindrom ' bersemangat tapi cetek ilmu' dan ' menegur tanpa hikmah' , dan ditambah lagi dengan suara-suara sumbang dua orang lelaki yang suka menjadi pinggan tambah. Hmm, ini program YADIM laa pakcik dan bro.....lepak laa.....
Alhamdulillah, pengalaman baru untuk mematangkan Usratika....muahahaha

Wednesday, August 5, 2009

Usratika di Dataran Shah Alam






Pada 2 Ogos 2009, Usratika telah mengadakan persembahan di Dataran Shah Alam, bersempena Selangor Muzikal Extravaganza. Malie kata, walaupun hanya berempat, kami naik ' syeikh'...hahaha....waLlahualam.....

Tuesday, July 28, 2009

Usratika Di Dataran Shah Alam pada 2 Ogos, 9 Malam



Tarikh : 2 Ogos 2009
Waktu : 9 malam
Tempat : Dataran Shah Alam


Tuesday, July 7, 2009

Berkunjung ke Rembau



Syukur AlhamduliLlah, Usratika telah berjaya menyempurnakan undangan Majlis Belia Negeri Sembilan untuk memeriahkan Malam Perhimpunan Belia sempena Hari Belia 2009 Peringkat Negeri Sembilan pada 21 Jun 2009 lalu di Rembau. Yus, Rashdan, Syaznie, Ustaz Hakim dan Haizlil telah berkesempatan melihat kedamaian Rembau, di samping mendendangkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan masyarakat setempat yang hadir.

Berkunjung ke Rembau




Pada majlis tersebut, Usratika sangat berbesar hati kerana telah bersama-sama berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi generasi baru seperti Amylea daripada Akademi Fantasia 3 dan Rizu daripada One in A Million. Kami juga sangat gembira dapat beramah mesra dengan pengacara majlis, pelakon masyur, Saudara Ebby Yus ( terkenang pula siri Pendekar, huhu ! )

Friday, June 19, 2009

Pentas Kita, Karya Kita


Aku dimaklumkan oleh Lantera Jiwa tentang program Pentas kita, Karya Kita.Kalau sesiapa yang nak persembahkan segala bakat terpendam boleh lah jenguk blog Lantera Jiwa.



Sunday, June 7, 2009

Malam Seni Rakyat





Nak tahu lanjut :

MASUK ADALAH PERCUMA!!


Monday, June 1, 2009

Usratika di Jalan Kebun, Klang

Pada hari Sabtu yang lepas (30hb Mei 2009) Usratika telah membuat persembahan di Sukan Belian dan Kebudayaan di Jalan Kebun, Klang. Turut memeriahkan persembahan itu juga kumpulan Al-Farobi dan One New Generation.

Persembahan kali ini agak berlainan sedikit kerana pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang persembahan itu. Ketika kami sedang membuat persembahan beberapa kali lampu terpadam. Mungkin disebabkan litar pintas. Teta[i itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan persembahan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Thursday, May 28, 2009

Mengharung Zaman 2009 - gubahan baru kepada lagu lama!


Lagu Mengharung Zaman kini telah digubah semula oleh Usratika , dengan memberikan sentuhan baru dan music arrangements yang lebih baik...dengan ini, semua album Usratika akan mengandungi track lagu Mengharung Zaman yang baru...terima kasih kepada Abg Taha dari Grido Studio , Kelana Jaya kerana memberikan bantuan dan khidmat professional untuk menjadikan Mengharung Zaman 2009 satu lagu dengan dimensi baru!

Monday, May 25, 2009

Usratika di Raintree Club, Ampang

Pada Sabtu yang lepas 23hb Mei 2009 Usratika telah di jemput memeriahkan lagi majlis malam kesenian Graduasi Pelajar Jurusan Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Usratika membawakan 3 buah lagu. Di samping itu turut bersama dijemput ialah Pak Samad Said dalam majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada penganjur atas jemputan.

Wednesday, May 13, 2009

Nasyid itu muzik, muzik itu nasyid?

Muzik yang merentasi sempadan.ada orang kata aku ni tidak berapa mesra dengan irama nasyid.





kemaskini

Mulai dari hari ini, aku akan cuba memastikan blog ini sentiasa di kemaskini..hohohoho..Apa pun, cuba nikmati klip video ini.









Friday, February 6, 2009

Usratika di UNISEL

Friday, January 16, 2009

Konsert Terakhir Butterfingers




Konsert mereka di istana Budaya merupakan konsert yang terakhir buat tahun ini kerana Emmet akan berangkat ke Kanada atas urusan kerja bersama keluarganya manakala Loque pula akan kembali ke Boston untuk menghabiskan sesi pengajian Master.




Wednesday, December 24, 2008

Mengubah Dunia dengan Muzik

Usratika terus cuba mengubah dunia ini menerusi muzik-muzik dan mesejnya yang diperjuangkan.Pada 23 Disember 2008 bertempat di City Villa Hotel, Kampung Baru, Usratika telah memenuhi undangan untuk memeriahkan majlis makan malam gabungan pertubuhan-pertubuhan amal Islam ( NGO) yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Pejabat Mufti WPKL dan bernaung di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Dr. Zahid Hamidi.

Pada kali ini, Usratika telah menampilkan kesemua ahlinya yang terdiri daripada Yus, Malie, Medan, Hj. Ryzal, Ust.Hakim, Syazni dan Che Din. Usratika telah mendendangkan 3 lagu mereka, iaitu Sampaikanlah, Hanya Seorang Musafir dan Mengharung Zaman. Istimewa buat kali ini, lagu Sampaikanlah telah disampaikan secara berkumpulan dan paduan suara oleh semua ahli Usratika, sekadar mewujudkan kelainan.

Usratika telah berbesar hati mendapat pelbagai komen dan kritikan membina daripada sekelian hadirin yang hadir.

Thursday, October 23, 2008

Usratika Memeriahkan Rumah Terbuka ABIM 2008


17 Oktober 2008, Usratika telah dijemput mengadakan persembahan di Rumah Terbuka ABIM Sempena Sambutan Aidil Fitri di Dewan Seminar, Kompleks Anjung Rahmat. Penampilan Usratika pada kali ini telah melibatkan angota-anggotanya seperti Yus (vokal utama), Medan ( gitar utama), Rizal ( bass), Ust Hakim, Najmuddin dan Syazni ( percussions)


Usratika dalam persembahannya pada kali ini telah mendendangkan 4 buah lagu, dua daripadanya merupakan lagu-lagu bertema Hari Raya iaitu Ramadhan & Syawal ( penyanyi asal Ramli Sarip ) dan Salam Dunia ( M.Nasir). Selain daripada itu, Usratika juga mendendangkan dua buah lagu daripada albumnya, iaitu Hanya Seorang Musafir dan Sampaikanlah.

Friday, August 15, 2008

Biar Jiwa Bicara dan Lagu Mengirinya..

Kekalutan politik yang semakin pelik dan jelik setiap hari.Ada klip video yang saya rasakan boleh ditenung fikir liriknya.

Chrisye merupakan seorang penyanyi profilik Indonesia.Beliau meninggal dunia pada tahun 2007.






Jika Surga Dan Neraka Tidak Pernah Ada